CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 2

Arghhh!!Panas membara hati Justo dengan pekerjaannya hari ini. Stress. Berulangkali kliennya meminta dia membuat penilaian bangunan yang diselenggaranya. Setelah pulang dari kerja, dia terus menukar baju dan menunggang Aprilia Tuono kesayangannya tanpa arah tuju. Aku perlukan kopi, pekat, hitam, tanpa gula. Espresso. Itu yang diperlukan, ujar Justo dalam hati.

Justo memberi isyarat ke kanan untuk ke sebuah Starbucks yang berada di pinggir pantai. Mungkin fikirannya yang kusut boleh ditenangkan dengan deburan ombak dan espresso pekat di tangannya. Dia menolak daun pintu Starbucks itu, meninjau ke dalam. Tempat ini sibuk tetapi di suatu sudut kelihatan agak lengang. Dengan langkah yang kasar dan berat akibat stress, Justo terus menuju ke sebuah sofa. Dia duduk, cuba menenangkan diri, kepala diangkat dan ketika itulah dia ternampak gadis yang agak rendah, kelihatan polos, selang dua sofa di hadapannya. Dia sibuk mengetip laptop, atau berpura-pura sibuk? Kerana Justo sedar matanya yang bundar itu dua, tiga kali diangkat ke arahnya. Hmmm…wajah itu sangat polos, sangat tenang memandangnya. Terasa stress memudar. Mata bertentang. Wajah polos itu kelihatan merah, cepat-cepat kembali menghadap monitor. Justo tersenyum sendirian.

Dia bangun untuk ke kaunter memesan espresso nya. Berlalu perlahan ditepi gadis itu agar wajahnya dapat dilihat dengan jelas. Justo ternampak ada 4-5 buah novel di atas meja kopi gadis itu. Naga Perseus? Pedang Sewarna? Aristokra? Semuanya bergenre fantasi. Apakah dia seorang penulis fiksyen? Gerakannya perlahan seolah-olah mahu berhenti namun dia terus melangkah ke kaunter. Dia terdengar gadis itu melepaskan nafas agak kuat. Justo tersenyum sendirian. Cute. She’s cute. 

Dia kembali ke sofanya. Mula memerhatikan setiap gerak-geri gadis itu. Kopi disisip. Gadis itu memakai T-shirt yang besar dengan jeans yang agak lusuh. Rambutnya separas bahu itu diikat, kelihatan agak kusut-masai. Barangkali terlampau banyak berfikir untuk mencari idea. Gadis itu kelihatan kurang senang dengan renungan Justo. Justo terasa bersalah. Dia meletakkan kopinya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. 435 email. Oh, Tuhan! Dia mula membaca email dari pejabatnya.

Tiba-tiba gadis itu bangun lalu mengemaskan barang-barangnya. Nak balik dah? Justo sedikit kecewa. Gadis itu tergopoh-gapah mengambil barangnya sehingga isi kotak pensilnya jatuh bertaburan. Cemerkap, kata hati Justo. Dia ingin bangun untuk membantu tetapi entah mengapa dia hentikan hasratnya. Dia membiarkan sahaja gadis itu mengutip semua barangnya dan berlalu pergi.

Justo kembali membaca emailnya. Bosan. Dia berhasrat untuk pulang juga. Dia berlalu di meja gadis tersebut, dia ternampak cawan kertas yang ditinggalkan gadis itu. Dia memusingkan cawan itu. Xeva. Itu namanya. Sepadan dengan orangnya. Kemudian, dia ternampak kad akses pejabat bertulis Xeva di bawah meja kopi. Damn! Dengan pantas Justo mencapai kad tersebut, berlari dengan cepatnya, dengan harapan dia dapat mengejar gadis itu. Keluar sahaja dari Starbucks, dia ternampak gadis itu telah pun berlalu jauh dengan skuter kecilnya.

Dia membelek kad akses itu. Hanya terdapat namanya. Tiada nombor telefon atau alamat. Apa yang harus dia buat dengan kad itu?

Bersambung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s