KEJAHILAN DENGAN OBSESI NAMA (PO)

Mengapa sukarnya
untuk menyebarkan
kasih sayang sesama manusia
cinta merentasi benua
pemahaman melangkaui angkasa
Bukankah kita semua adalah makhluk yang sama
bernama manusia?

Mengapa kau obses dengan
Parti, bangsa, agama, kaum dan kasta
juga lain-lain nama yang dicipta
untuk memisahkan manusia
mencipta garisan
antara ‘kau’ dan juga ‘aku’
memalu gendang peperangan
menyemarakkan perbezaan
daripada warna kulit sehingga kepada blok pemikiran
Tidak jijikkah mencipta jarak sesama kita?

Mengapa tidak agungkan perkataan ‘kita’?
Yang hadirnya kerana persamaan
Menyanjung keserupaan
Mencintai penjajaran
Dan membina jambatan
Tanpa sempadan atau batasan

Kita manusia
Anak-anak bumi
Darah kita sama merah
Tulang kita sama putih
Lambat cepat bakal dijemput kematian
Jadi masih berertikah perbedaan?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s