DIMANA TUHANMU? (PC)

Ya, udah
Tidak perlu kau syarahkan daku
Dengan jela-jelaan hujah
Bahawa Tuhanmu yang paling benar

Jangan kau mulakan
Allah begitu, Yesus begini, Yahweh begitu
Buddha yang paling aman, Shiva yang paling agung
Sejak kapan kau menjadi jurucakap Tuhanmu?

Tuhanmu Maha Hebat katamu
Maka mengapa Dia perlukan kau untuk membelaNya?

Pada sejarahnya
Manusia membutuhkan agama
Kerana mahu menjadi manusia yang lebih baik
Hidup berdasarkan peraturan dan kata-kata suci
Berkasih sayang sesama manusia
Berlandaskan cinta serta harapan

Justeru
Dimana Tuhanmu ketika kau mencanangkan kebencian
Mengapikan kemarahan
Mengajak pembantaian
Atas namaNya?

Atau lebih mudah bagimu
Menggunakan kesetiaan manusia pada Tuhannya
Untuk memudahkan agendamu
Bagi mengawal manusia lain
Wahai manipulator yang licik

Shhh….
Tutup mulutmu
Pernahkah kau dengar
Bijak pandai berkata
Kata-kata tiada maknanya
Jika tidak pada perbuatannya

Wahai manusia agama
Luahkan isi kitabmu
Melalui sikap dan tingkahmu
Bukakan fikiran
Menerima perbezaan
Indahkan dunia Tuhan
Dengan keamanan dan penerimaan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s