SAPIENS SEXUALIS (PO)

Bagimu
Persoalan falsafah itu bagaikan
Bebenang pelbagai warna
Berselirat laksana neurons
Kau rungkai satu persatu elemennya
Mengikut warna
Mengikut tebal nipis dan teksturnya
Kemudian kau tenun semua persoalan
Menjadi sutera hujah yang unik, tajam dan juga kompleks

Penting bagimu untuk membicarakan
Hak-hak kemanusiaan
Kebaikan dan kejahatan
Keadilan dan undang-undang
Hidup mati
Iblis malaikat
Yang berpaksikan kepada logik dan realiti
Tanpa mengabaikan sisi kabur
Kerana ilmu tiada batasnya
Kau akan sentiasa terbuka dengan pembaharuan
Kerana itu kau tidak akan bersikap ego dan dogmatik
Menjadikan kau begitu menarik sekali

Denganmu
Tiada omongan kosong
Semua cebisan fikiranmu
Akan kau warnakan ia di atas kanvas perbahasan yang provokatif
Yang mencabar minda
Yang memaksa penaakulan mantik
Sehingga berlakunya pertukaran pengetahuan
Yang memberi manfaat kepada semua yang bersama denganmu

Ada yang memanggilmu sapioseksual
Ada juga yang memanggilmu nymphobrainiacs
Kerana sisi kebijaksanaan dan karismamu
Merupakan tarikan yang paling seksi
Melangkaui wajah, tubuh dan juga wang ringgit.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s