PERGI JAHANAM MASKULINITI (PO)

Hey
Hati-hati ya
Matamu yang galak itu
Biar di wajahku
Bukan di dadaku

Hey
Simpan sahaja kata-katamu
Yang semanis madu itu
Aku punya otak dan akal
Aku mahu hasil bukannya pujukan
Jika kau punya sesuatu untuk ditunjukkan
Bawa ke meja dan persembahkan
Positif negatifnya kau timbangkan
Jika tiada, pulanglah, dipersilakan
Aku tidak punya waktu untuk dipersiakan

Ya
Aku wanita
Barangkali kudratku tidak segagah dirimu
Namun belum tentu akalmu
Setanding mindaku
Yang bersenjatakan buku dan ilmu
Berperisaikan jati diri serta kehormatan

Ya, aku tidak akan berdiam
Jika prejudismu terhadap jantinaku
Hanya kerana butanya keegoanmu
Pergi jahanamlah kejantananmu itu
Jika sekadar mahu menabur wang
atau sasa ototmu itu
mungkin juga kacak wajahmu itu
Sebagai balasan untuk kesetiaanku
Lupakan sahaja

Tidak
Aku tidak bencikan lelaki
Mana bisa aku melawan fitrah
Aku bencikan pandangan sempitmu
Terhadap kaum hawa
Yang kau anggap separuh manusia
Bukan ciptaan sempurna

Seksualiti, wang, pujuk rayu
Terlalu ketinggalan zaman buatku
Aku mahukan sesuatu yang istimewa
Aku mahukan rakan debat bicara
Aku mahukan kepercayaan dan kerjasama
Sehingga itu, jika tiada
Selamat tinggal

Biar tiada berteman
asalkan tidak terpenjara di dalam
Sangkar emas
Yang serba indah di dalam
Namun jauh dari langit biru yang terbentang luas

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s