KASUALTI PAPAN CATUR DUNIA (PO)

Aku kaget
Melihat umat manusia
Mengucapkan selamat tinggal
Kepada roh kudus
yang berdiam dalam diri
Dipanggil kemanusiaan

Apabila manusia sekufu
Dianiayai manusia lain
Nah, melonjak naik kemarahan
Serta-merta kau laungkan slogan pembebasan
Menitiskan air mata, berkongsi penderitaan

Pabila manusia berlainan kufu
Ditimpa bencana besar
Kau hanya mengangkat bahu lalu berlalu
Wajahmu kosong, emosimu kering
Tidak pula aku tahu rupanya
Perjuangan hanya bermusim

Kasihan aku
Melihat kau setiap hari berkelek
Kitab sucimu
Yang kau katakan rahmat sekelian alam
Tidakkah lenguh tanganmu berkelek
Sedangkan ayat indah kitab sucimu
Gagal melembutkan hatimu yang sekeras batu
Gagal melentur jiwa yang sedingin keluli

Kufu, rona kulit, juga pegangan
Hanyalah pemisah yang diciptakan
Oleh pemanipulasi yang bijak berkarya
Bermain catur di atas papan dunia
Ganjarannya berupa untung besar buat mereka juga keluarga mereka sahaja
Sedangkan kau?
Bagaikan tersampuk
Menarikan tarian gendang mereka
Mengangkat pedang, berutus perang
Sesama kita

Lupakah kau yang kita semua bersaudara
Darah kita sama merah
Tanpa mengira apa saja darjat
Rupa, wang, kaum atau pangkat
Di mata manusia marhaen

Apakah Tuhan sudah mati?
Kerana tiba-tiba kau sibuk
Menentukan syurga neraka manusia lain
Mendabik diri sebagai dewa
Menuduh yang lain sebagai pendosa
Apakah sudah tiada rasa malu dalam dirimu
Sedang pemain catur papan dunia tersenyum
Kerana langkah pincangmu bererti
Hujan permata buat mereka

Aduhai kemanusiaan
Kembalilah dikau
Sepeninggalanmu
Anak-anakmu diserang wabak takabbur
Sehingga semuanya mati jiwanya
Kini mereka hanya mayat hidup yang bernyawa
Yang dikawal oleh rasa dogma
Merasakan diri hebat walhal mereka hanyalah bekas-bekas kosong tanpa rasa cinta

(Tribut buat mangsa pembunuhan atas nama agama, diseluruh dunia, tidak kira di mana anda berada)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s