BAI-POE-LAR (PO)

Meringkik
Bunyi calaran emosi
Mengenai kotak jiwa
Tidakkah ngilu
Kecutnya hati seorang insan
Yang ditimpa ganas
Rasa kepedihan
Rasa kegirangan
Bersilih ganti
Tanpa dapat kau kawal ia

Lebih malang lagi
Tiada manusia yang memahami
Lelahmu pinar menahan emosi
Yang membuak-buak ini
Bagaikan mahu pecah dadamu
Tega melawan
Agar tidak kau rosakkan
Dirimu sendiri

Terkadang rasa ingin mati
Hanya kerana sekecil-kecil alasan
Bukan kau sengajakan
Terkadang faktor genetik
Atau faktor neurokimia
Yang menyelubungi bendalir-bendalir benakmu

Tidak!
Kau tidak gila!
Atau skizofrenia
Hanya kerana hipersensitiviti mu yang kompleks
Melompat antara 2 kutub perasaan
Rasamu tiada anak tangga
Ia akan terus mencapai ke ufuk jiwa sepantasnya
Dengan rasa halus yang menyucuk
Bagaikan ada sejuta suara manusia
Yang bingit memaksa rasamu ke klimaks minda

Tidak!
Kau tidak minta dikasihani
Kau hanya meminta difahami
Kerna walau begini
Kau masih lagi seorang manusia
Yang diberi ujian dariNya
Lebih sedikit daripada manusia biasa
Lalu hulurkan tangan
Biarku genggam ia seeratnya
Agar kau tidak terjatuh berulang kali
Dalam lubuk hatimu
Sendiri.

(Tribut untuk semua penderita gangguan bipolar. Kau tidak keseorangan menghadapi dunia)

Image credit : Deviant Art

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s