DIAN TERBAKAR SEPI (CF)

Aaron berjalan perlahan-lahan di melintasi hadapan pejabatku sambil meneliti dokumen di tangannya. Mataku menurut saja jejak langkah Aaron. Setiap kali dia berlalu, berlaku reaksi yang sama. Jantungku berdegup kencang. Pipiku terasa panas. Hatiku terasa mahu luruh. Entah mengapa.

Dia berpaling seketika padaku, lalu tersenyum. Wajahnya tampak bersinar.

(Homaigod! Aku mau pengsan)

Dengan pantas aku menunduk pada dokumen di mejaku. Berpura-pura sibuk. Mencapai entah apa saja yang berada di hadapanku. Tak keruan. Aku tak tahu apa reaksi Aaron, tapi aku merasa lega kerana dia telah pun berlalu.

Telefon bimbitku berdering.

“Julie, jom makan tengah hari!” kedengaran suara Selina girang di corong telefon.

Selina memilih tempat duduk yang berdekatan dengan cermin restoran. Aku menurut sahaja. Selina sentiasa ceria dan aku senang bersamanya. Dialah yang menghiburkan aku di kala duka, stres. Dia merupakan sahabat baikku yang paling aku percayai. Dia sentiasa bersamaku ketika susah atau senang. Paling aku tidak boleh lupakan, dia membantu aku ketika aku baru tamat belajar dan ketiadaan pekerjaan. Tidak pernah sekali dia merungut. Aku bagaikan mendapat tenaga positif setiap kali bersamanya. Tambah pula dengan sikapnya yang spontan. Terkadang lucu aku melihatnya.

“Aaron nampak kacak pakai kemeja biru hari ini,”kata Selina ketika memeriksa menu. Aku senyum sambil mengangguk.
(Tell me about it! Kau di syarikat lain. Aku yang satu pejabat dengannya ini, lagi jelas di mataku)

“Ya, aku nampak tadi,”kataku tenang sambil menyedut jus oren yang telah kupesan. Aku ternampak Aaron melangkah masuk ke dalam restoran. Seorang diri. Tenang.

(Aku nak pengsan, aku nak pengsan, tolong!!)

“Aaron!”panggilku. Selina terkejut. Dia berpaling ke belakang lalu perlahan menghadapku dengan wajah yang sangat merah dan mulut yang melopong. Aku hanya tersenyum melihat gelagat Selina. Aku menepuk belakang tangannya lalu mengenyitkan mata. Aaron berpaling lalu melangkah ke arah kami. Dengan senyuman yang paling manis. (Dan juga bisa membunuh aku perlahan-lahan)

“Hai,”sapa Aaron, memandangku kemudian memandang Selina. Selina menendang kakiku di bawah meja.

“Makan seorang je ke? Jom makan dengan kami,”kataku mesra. Selina mengigit bibirnya.

“OK,”jawab Aaron, ringkas. Dia menarik kerusi di sebelah Selina lalu duduk. Aku tahu Selina bagaikan ingin melompat dari kerusinya, memandangkan reaksinya. Aaron memandangku dengan pandangan penuh makna namun aku tidak menghiraukannya. Kami berbual kerja sedikit, sehinggalah Selina membuka topik teater.

“Oh, berkenaan dengan itu, aku ada 2 tiket teater ‘Opera Penyair Malam’. VIP seat,”kataku sambil menyudu sup cendawan di hadapanku. Aaron menjeling padaku seketika.

“Aku dengar operanya bagus sekali. Review di akhbar melambung tinggi. Aku teringin sekali menontonnya,”kata Aaron.

Selina mendekatkan wajahnya padaku.

“Kau nak bawa aku, kan?”kata Selina, dengan wajah mengharap. Aku tahu baik Selina, mahupun Aaron kedua-duanya sukakan teater. Teater merupakan kegilaan aku dan Selina sejak remaja lagi. Aaron pula pernah menceritakan perihal minatnya dalam teater padaku ketika kami menghadiri persidangan syarikat di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu.

“Tak siapa nak bawa kau,”kataku mengusik. Selina mencebik.

“Sebenarnya aku dibelanja kawan. Tapi dia tak dapat pergi, aku pun sama. Tarikh itu aku ada kerja sedikit. Jadi aku ingat, kau dan Aaron boleh pergi. Kalau tidak, rugi tiket ini,”Selina cuba menyembunyikan senyumannya. Aaron memandangku dengan kerutan di dahinya.

(Kenapa Julie? Kenapa kau buat begini? Apa salahnya kau ajak Aaron pergi dengan kau? Selina akan faham. Dia kan kawan baik kau?/Tidak.Tidak.Tidak. Aku tak sanggup melukai Selina. Aku sayang Selina)

“Boleh Aaron?”

Aaron mengangguk. “Sure. Tiket percuma. Tempat duduk VIP. Siapa tak mahu?”

Hari sudah hampir larut malam. Aku masih banyak kerja tertunggak. Hujung bulan sudah hampir. Aku terpaksa melakukan kerja-kerja mengimbang dan menutup akaun syarikat.

Kedengaran cawan kopi diletakkan di atas mejaku. Aku mendongak. Aaron tersenyum sambil memandangku.(Wow!) Tingginya hampir 7 kaki. Kulit sawo matang. Kening tebal. Kemeja lengan panjangnya yang berwarna oren muda telah pun dilipat ke siku. Di tangannya juga ada secangkir kopi. (Aduh…aduh…aduh…lawanya. Rajin betul. Buatkan aku kopi pula)

“Sibuk sangat?” Aku mengangguk.

“Terima kasih untuk kopi ini. Kau pun sama?” Aaron mengangguk.

“Er…kau dah makan malam ke? Kalau belum, aku nak belanja,”kata Aaron perlahan.

(Homaigod!Homaigod!Homaigod!Apa aku nak jawab ni?)

“Err…belum…tapi aku dah ada janji dengan kawan selepas ini. Lagipun kerja aku dah nak habis,”

(Penipu!Penipu!)

Aaron mengeluh sambil mengangkat bahunya. “OKlah, lain kali saja,”katanya sambil berlalu. Setelah dia menghilang dari pandanganku, aku menghentak dahiku ke meja berulang kali.

(Bodoh!Dungu!Bebal!)

Aku duduk dengan tenang di pejabat Alvin. Setelah Alvin menyelesaikan urusan kertas-kertas kerjanya, dia berpaling padaku. Dia membuka mata sebelah mataku, melihatnya seketika dan memegang pipiku. Dia kemudiannya memegang pergelangan tanganku menggunakan jari telunjuk dan jari hantunya. Kemudian tersenyum lalu menepuk bahuku.

“Bagus sekali. Yang aku bagi dulu ada lagi?”

Aku mengangguk. Alvin menghulurkan tangannya lalu aku menyambutnya. Dia memegang erat tanganku lalu keluar dari pejabat itu dan terus ke Audiku. Dia membukakan pintu kereta untukku. Tanganku dilepaskan lalu dia membelai rambutku.

“Bila nak jumpa aku lagi?”tanya Alvin sambil tersenyum. Aku membalas senyuman itu.

“Minggu depan?” Alvin mengangguk.

“OK. Jaga diri baik-baik. Ingat semua pesanku tadi, ya. Sampai rumah, telefon aku,”

Aku mengangguk lalu memasang tali keledar dan segera memandu keluar dari kawasan pejabat Alvin. Bukan setahun dua aku mengenali Alvin. Dia memang lelaki yang baik. Alvin tua 3 tahun dariku. Dia juga sahabat kepada abangku Alfred yang kini menetap di Australia. Keluarga kami juga rapat. Aku senang sekali bersama Alvin. Dia menjagaku dengan baik sekali. Aku meneruskan pemanduan menuju ke destinasiku pada malam yang sunyi itu.

Setelah selesai kerja, aku mengemaskan barangku lalu tas tanganku capai. Ketika hendak keluar dari pejabat, aku terlanggar Aaron lalu rebah di atas tubuhnya.

“Sorry, sorry,”kataku cemas (Tak adalah cemas sangat pun. Syok adalah). Cepat-cepat aku bangun. Habis berselerak isi tas tanganku di lantai. Aaron hanya tersenyum lalu menolongku mengutip barangku. Ketika dia sedang mengutip barang-barangku, tiba-tiba airmukanya berubah apabila terlihat gambar-gambar sambutan hari jadiku di Australia yang aku cetak di kedai tempoh hari. Dia memegang gambar aku dan Alvin lalu mengangkatnya dan melihatnya lama sekali.

“Siapa lelaki disebelahmu ini? Kacak sekali,”tanya Aaron dengan nada suara yang amat berat sekali. Aku cuba menahan nafas.

“Itu…itu..em..orang istimewa,” (Kenapa Julie!Kenapa kau buat begini?)

“Ohhh…” balas Aaron perlahan. Dia memandangku dengan sinar mata yang sayu. (Oh,tidak!)

“Sebab itulah, kau selalu mengelak dariku?”katanya lagi. Aku menjadi gelabah. Tak tahu apa yang hendakku jawab. Aaron menyerahkan semua barangku lalu berlalu tanpa berkata apa-apa. Hatiku begitu pedih sekali.

(Maafkan aku, Aaron)

“Julie, aku gementar sangat!” kata Selina separuh menjerit di corong telefon. ‘Opera Penyair Malam’ akan berlangsung dalam masa 2 jam lagi. Aku hanya ketawa.

“Jangan jadi bodohlah. Pergi saja. Buat macam biasa. Jadi dirimu sendiri,”pesanku pada Selina.

“Aku takut sangat. Rama-rama terbang dalam perut aku. Seram sejuk ni,”balasnya lagi.

(Aku tumpang gembira, Selina)

“Have fun, darling,”kataku lalu meletakkan telefon. Perlahan-lahan kepalaku ku letakkan ke bantal lalu aku merenung siling. Aku dapat merasakan airmata laju menuruni pipiku. Kemudian aku menekup wajahku ke bantal dan menangis sesungguh hatiku.

(Aku yang mahu lihat Selina gembira, kan? Jadi mengapa aku menitiskan air mata)

“Hei, Aaron. Macam mana dengan ‘Opera Penyair Malam’? Bagus?”tanyaku apabila terserempak dengan Aaron di pantri. Aaron menyandarkan belakangnya ke kabinet lalu menghadapku. Jarak antara aku dan Aaron terlalu dekat. Aku rasakan bagai ada aliran elektrik di seluruh tubuhku apabila dia memandangku dengan matanya yang berbentuk badam itu. Wajahnya sangat ceria, senyumannya melirik. Dia pun mula bercerita tentang betapa bagusnya teater itu dengan penuh semangat.

“Kareografinya memang bagus sangat…”
“Pelakon itu menghayati wataknya dengan baik sekali…”
“Selina is such a good sport…”
“Aku gembira dapat bersama Selina. Tak sangka dia memang peminat teater sejati dan pengetahuannya luas dalam arena teater,”

Senyuman Aaron luar biasa kali ini. Aku dapat merasakan kegembiraannya. Aku hanya mampu tersenyum tawar. Aku menepuk bahu Aaron.

“Jangan lupa, minggu depan ‘Kabaret Sianda’ akan ke Panggung Budaya. Ambil tiket cepat sebelum kehabisan, ajak Selina lagi”aku mengingatkan Aaron. Dia tersenyum.

“Terima kasih, Julie,”

(Hatiku sudah banjir dengan airmata…)

Petang itu, Julie menelefon aku. Dia tidak berhenti-henti bercerita tentang temujanjinya bersama Aaron menonton ‘Opera Penyair Malam’. Suaranya girang sekali. Habis semua diceritanya. Apa yang Aaron pakai. Apa yang dibawa Aaron. Senyuman Aaron yang menawan. Ketawa Aaron yang manis. Aaron itu, Aaron ini. Sehinggakan Selina merasakan pelakon utama ‘Opera Penyair Malam’ itu seiras dengan Aaron. (Biar betul kawan, pelakon paling popular tu). Selina juga memberitahu yang Aaron telah pun mendapatkan tiket ‘Kabaret Sianda’ dan mengajak Selina untuk menonton bersamanya.

(Baguslah. Aku dah duga ia akan jadi begitu)

Setelah hari ketiga tayangan ‘Kabaret Sianda’, barulah aku membeli tiket untuk pergi menontonnya. Tak mungkin aku akan lepaskan peluang melihat Farhin Fauzi, pelakon lelaki kegemaranku beraksi. Aku tidak ingin terserempak dengan Aaron dan Selina. Hatiku tak mungkin boleh terima melihat keintiman mereka berdua.

“Dengarlah.
Hatiku yang memanggilmu.
Namun barangkali kau sudah tuli dengan suaraku.
Kerana tawanya lebih jelas padamu,”

Kata-kata pelakon Syarifah Shazana menyentap hatiku. Wajahnya yang begitu menghayati watak Shafina si penari kabaret sangat mengharukan aku. Terasa panas pipiku dengan airmata. Perlahan aku seka ia dengan sapu tanganku.

Setelah tamat teater, aku terasa begitu pening sekali. Aku bangun perlahan menuju keluar panggung.

“Julie!!”

Aku berpaling. Kelihatan Selina dan Aaron berpegangan tangan menuju ke arahku. Masing-masing tersenyum. Hatiku terasa sebak sekali.

“Kau tak cakap nak datang. Kalau tak, boleh menonton sekali. Dah tiga kali aku dan Aaron tengok cerita ini. Tak puas,”kata Selina girang. Aaron mengangguk.

“Takkan datang seorang saja? Mana orang istimewa?” kata Aaron bersahaja. Selina membuntangkan mata. Dia menepuk belakang tanganku.

“Jahat!Kau ada orang istimewa tapi kau tak beritahu aku. Kau bagitahu Aaron pula,”kata Selina sambil mencebik. Aku cuba tersenyum dalam kepayahan.

“Dia tak dapat datang. Aku kena balik. Aku rasa tak sihat,”Kepalaku terasa makin sakit. Mereka berdua mengangguk sambil mengucapkan selamat tinggal. Dengan cepat aku melangkah ke kereta dengan berat kepala juga berat hatiku.

(Tahniah, sahabat. Impianmu jadi nyata)

Setelah tamat mesyuarat bulanan, peningku masih berlarutan. Malah menjadi-jadi. Badanku terasa panas. Lembaran akaun di tanganku tanpa sengaja, aku keronyokkan.

“Julie, kau OK? Muka kau pucat sangat ni,” kata Aaron yang baru keluar dari bilik mesyuarat. Aku menggeleng.

“Aku OK, pening sedikit saja.”

Perlahan-lahan badanku terasa mengejang lalu aku terjatuh. Kepalaku terasa bagaikan ingin meletup. Semua otot dibadanku terasa mengecut bagaikan ditarik-tarik. Lantas aku rebah. Aku tidak dapat bergerak atau berkata-kata. Seluruh tubuhku terasa sakit sekali. Mataku terbuntang. Aku dapat merasakan mulutku berbuih-buih tanpa dapat dikawal olehku. Tekakku terasa loya yang maha dashyat.

“Julie!!Julie!!Tolong, tolong!!Julie sakit”jerit Aaron. Aku tidak dapat berbuat apa-apa. Tidak lama kemudian pandanganku gelap.

“Julie…Julie…jangan risau, aku di sini, semuanya akan selamat,”kedengaran suara Alvin bagaikan sayup pada pendengaranku. Aku ternampak siling dengan lampu pendaflour laju ke belakang. Mungkin aku berada di atas stretcher. Pandanganku gelap sekali lagi.

(Aku redha)

Terasa tanganku digenggam erat namun aku tidak boleh membuka mata, mulut, atau menggerakkan badanku.

“Julie…”aku terdengar suara Selina mengongoi ditepiku. Aku ingin membelai rambutnya, tetapi kini aku terpenjara dalam tubuhku sendiri. Aku dapat merasakan airmata Selina di tanganku. Hatiku terasa pilu sekali. Sedih. Pedih.

“Sabarlah Selina,”aku terdengar suara Aaron memujuk Selina (Ahhh…terasa aman dan menenangkan sekali aku mendengar suara itu)

“Aku Dr. Alvin, doktor peribadi Julie. Julie bagaikan adikku. Dia telah menderita kanser otak selama 3 tahun. Aku hanya menjaga amanah dia agar tidak menceritakan ia kepada sesiapa hatta keluarganya sekalipun. Julie tidak suka menyusahkan orang lain…”sayup aku terdengar suara Alvin.(Jangan Alvin, jangan kau beritahu mereka! Aku berdosa kepada mereka berdua) Semakin kuat esakan Selina. Dia mencium tanganku berkali-kali (Oh, sahabat. Jangan begini)

“Kau jahat, Julie. Kenapa kau tanggung seorang diri? Apa gunanya aku sebagai sahabat?”(Tidak, sahabat. Tidak. Kau dah banyak membantuku. Aku sayangkan kau. Tak mungkin aku akan bebani kau dengan penderitaanku. Tidak mungkin)
Kesakitanku semakin memuncak.

(Tuhan, biar aku dapat membuka mataku dan melihat mereka buat kali terakhir. Tolonglah , Tuhan. Aku merayu)

Tuhan berbelas kasihan padaku, dan aku dapat rasakan mataku dapat dibuka perlahan-lahan.

“Julie, Julie…”

Disebalik corong oksigen itu, aku ternampak wajah sedih Selina. Matanya basah dan pipi putih merahnya sembap dengan airmata. Hatiku bagaikan dicarik dengan situasi itu. Aku tidak biasa melihat Selina sesedih ini.

“Aku…aku…min..min..ta..ma…af,”

Selina mencium belakang tanganku berulangkali. Dia menggeleng-geleng. Tanganku diletakkan didahinya.

“Al…vin…bi…lang…Al..fred…a..ku…sa…yang..dia..” Alvin memegang tangan kiriku. Alvin juga menitiskan airmata lalu dikesat dengan saputangannya.

“Jangan risau, aku sudah telefon Alfred. Dia dalam perjalanan pulang. Kau bertahan, OK. Sebagaimana kau bertahan sebelum ini. Kau kuat kan?”kata Alvin dengan suara yang sayu.

Pandanganku alihkan pada Aaron. Aaron berwajah sugul. Dengan ekspresi yang tidak dapat aku fahami. Kolam matanya bertakung.

Kesakitanku kini memuncak. Kepalaku terasa bagai mahu pecah. Badanku terasa tegang dan pijar . Tulang belakangku terasa panas membakar. Kedengaran bunyi bip mesin perubatan ditepiku semakin laju. Alvin mengarahkan Selina bangun. Dia menjerit memanggil jururawat. Keadaan menjadi kelam kabut. Jururawat datang lalu memeriksa nadi dan mesin tersebut. Aku mula mendengar tangisan Selina yang semakin menggila. Aaron memeluk bahu Selina.

“Aa..ron..” Aaron mendekati aku.

“Julie, bertahan…”

“Aku…a..ku..”

(cinta padamu…)

Bipppppppppppppppp…………..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s