KEMABUKAN YANG PALING MENGKHAYALKAN (PO)

Hanya dengan satu tegukan
Dunia ini kepunyaanmu kau rasakan

Bagaikan Midas
Segala yang kau sentuh menjadi emas

Semua yang memandangmu tunduk akur
Kau menjadi semakin takbur

Kebajikan manusia lain?
Persetan!
Dunia kelaparan?
Biarkan!
Manusia berbunuhan?
Teruskan!

Selagi adanya kesengsaraan
Selagi itu kau menjadi tuan

Laungan nasionalis
Ah, itu semua hanya mainan
Kata-kata manis
Kerana itu yang marhaen inginkan
Kapitalis
terus memainkan peranan

Agama?
Kau bengkokkan sesuka hatimu

Kuasa
Adalah kemabukan yang paling mengkhayalkan
Paling eksklusif
Khas untuk kelab 1% atasan

Kau yang lain-lain?
Teruskan mengais pasir
Kerana di situlah tempatmu
Sedang manusia 1% terus mabuk
mentertawakanmu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s