MR. BLACK COFFEE (CF)

Mariana melambai-lambai padaku dari dalam Cafe Black Coffee. Aku tersenyum lalu membalasnya. Ah, sudah lama tidak ketemu Mariana, sahabat sepermainanku semasa kecil. Aku masuk lalu terus memeluknya.

“Aku kangen sama kamu…!”kataku sambil memeluknya erat.

“Go, grab a coffee then we’ll talk,” kata Mariana. Aku membuat isyarat OK lalu terus ke kaunter untuk memesan minuman. Setelah minuman siap, lalu aku mencapainya dan terus berpusing. Aku terlanggar seseorang lalu Ice Blended Mocha Latte ku tumpah di atas bajunya. Aku ternganga terus.

“Sorry, sorry, sorry,”kataku lalu mengambil serviette di kaunter lalu mengesat minuman di atas kot lelaki itu. Dia menolak tanganku perlahan.

“Tak perlu, kot aku sudah pun berbau kopi. Lebih baik kamu gunakan mata ketika berjalan,” katanya tenang sambil menepis sisa Mocha Latte dari kotnya. Darahku mendidih.

“Kan aku sudah meminta maaf,”

“Maaf takkan hilangkan bau kopi di bajuku, juga takkan kembalikan kot aku seperti sediakala. Kau beruntung aku tidak meminta gantirugi. Belum tentu kau mampu membayarnya,” kata lelaki itu sambil berlalu. Dasar cacing berkepala tujuh. Aku mengetap bibir. Lalu minuman kupesan sekali lagi.

“Aku dengar boss baru kita kali ini agak muda. Arman namanya,” kata Alex padaku. Aku mengangkat bahu.

“Muda atau tua gak penting. Yang penting e-fi-si-en,”balasku.

Bilik mesyuarat bingit membicarakan perihal boss baru yang bakal menggantikan Mr. Takimoto yang pulang ke Jepang. Kedengaran tombol pintu dipulas, semua orang membetulkan kedudukan masing-masing agar dapat memberikan pandangan pertama yang baik kepada boss baru. Aku mengangkat wajah untuk melihat wajah boss baruku. Apabila mata kami bertentang, aku menelan air liurku yang terasa pahit. Matilah aku kali ini. Lelaki di Cafe Black Coffee. Arman hanya tersenyum sumbing melihatku yang terpisat-pisat memandangnya.

Dan bermulalah episod ngeri dalam hidup aku. Arman bukan sahaja boss yang tegas, malah dia juga seorang pendesak. Dia efisien, sentiasa up-to-date, and boy, he knows his stuff. Dengan aku ada sahaja yang tak kena sampai sekecil-kecil perkara pun disemaknya. Dasar kambing berkepala tiga.

Sebelum ini, Mr. Takimoto tidak pernah merungut dengan hasil kerjaku. Malah boleh dikatakan aku berada dalam zon selesa bersama dengan Mr. Takimoto. Aku anggap ini cabaran. Jika tidak, aku akan berada di takuk lama. Jadi aku berusaha yang terbaik.

“Lidya, aku mahu pelan pemasaran untuk 6 bulan di atas mejaku, by tomorrow at 8pm,”

“Boleh aku pohon lebih masa,boss? 2 hari sahaja tidak cukup untuk aku hasilkan pelan pemasaran yang baik,”

“Is this incompetency or procrastination?”

“Bukan begitu…”

“Jadi esok pukul 8pm, di atas mejaku. Lina, please take note,”pesannya pada sekretarinya. Dengan cepat Lina menandakan sesuatu di dalam plannernya.

“Esok juga kita ada product launching,boss. Aku…”

“Sebagai Pengurus Pemasaran yang sudah hampir 7 tahun dalam industri ini, kau mahu bilang padaku yang kamu tak boleh uruskan ia?” Arman memandang tepat padaku. Aku menahan nafas lalu mengetap bibir.

“Tidak, boss,”jawabku perlahan. Dia fikir pelan pemasaran boleh disiapkan dengan memetik jari sahaja?

“Jadi, uruskan ia,” katanya sambil menandatangani dokumen-dokumen yang bersusun di atas mejanya. Aku mendengus marah. Dasar syaitan merah berkepala sepuluh.

“Ada apa kau dengan Mr. Arman?” tanya Suzila, pengurus kewangan pada satu ketika.

“Ada apa? Mana aku tahu? Semua yang aku buat semuanya tak kena. Soalan itu kau patut tanyakan padanya,”kataku marah.

“Tapi, selain daripada personalitinya yang tiada emosi itu, kau rasa bagaimana dia sudah boleh menjadi Pengarah Urusan?”kata Suzila sambil membetulkan kaca matanya.

“Gak tahu dan gak mahu tahu,”kataku lalu terus ke pejabatku.

Aku segera membuat kopi dalam gelas besarku. Aku berpesan kepada operator dan pembantuku agar jangan disambungkan apa-apa panggilan dan jangan diterima apa-apa temujanji hari ini. Aku membuat regangan. Pelan pemasaran 6 bulan. Yuk, mulakan.

Aku meminum kopi sejuk. Aku menahan kuapan dan menggosok mataku. Sudah hampir beberapa jam aku hanya menghadap komputer. Aku melihat jam tanganku. Sudah hampir pukul 8 malam. Aku terlepas makan tengah hari dan makan malam juga. Aku intai pejabat Arman, lampunya masih menyala. Syaitan ini tak tau nak pulangkah? Aku sudah siapkan pelan pemasaran untuk 4 bulan, tinggal 2 bulan lagi. Esok aku tiada masa untuk berkurung dalam pejabat, jadi aku siapkan malam ini juga. Entah bagus atau tidak, aku juga tidak pasti. Ah..perutku lapar. Aku keluar menuju ke pantri mencari biskut kering. Cukuplah asalkan perut berlapik. Pejabat sudah kosong, tiada lagi pekerja yang tinggal kecuali aku dan Arman barangkali. Aku meletakkan cawan kopiku ke mesin kopi. Setelah siap, aku berpusing dan terlanggar seseorang.

“Ya Tuhan!”

Arman mengetap bibir lalu mengesat kopi di wajahnya dengan sapu tangan yang diambil keluar dari poket jaketnya. Aku menggigit kuku jari kananku.

“Sorry, boss,”

“Kau sengaja, ya? Mau membalas dendam?”

“Tidak, boss!”

Arman menanggalkan jaketnya yang disirami kopi panas. Aku panik dan tidak tahu apa nak diperkatakan lagi. Padan muka. Kalaupun aku tidak sengaja, aku senang hati kau bermandikan kopi. Arman menyerahkan sebungkus plastik padaku.

“Ini apa, boss?”tanyaku perlahan.

“Makan malam,” katanya sambil berlalu terus ke pejabatnya. Ada juga hati dan perutmu untuk membelikan aku makan malam. Aku mencebik lalu pulang ke pejabatku.

Product launching berjalan dengan jayanya. Aku berjaya menjual 50 solar panel berkapasiti rendah untuk kegunaan domestik walaupun pada hari ia baru dilancarkan. Aku tersenyum meleret. Ini rekod baru. Akan aku buktikan pada Arman yang aku ini up to any challenge.

“Bagus,” kata Arman ketika melewati kerusiku ketika product launching. Bagus? Bagus saja? Aku mencebik seorang diri.

“Sebagaimana semua orang tahu, kita telah menjelang akhir tahun, aku mahu bajet tahunan untuk tahun hadapan disiapkan dalam masa 3 minggu, faham semua,” kata Arman ketika mesyuarat.

“Faham, boss,” jawab semua orang serentak.

“Lidya, aku merancang untuk buat company rebranding pada tahun hadapan. Masukkan dalam bajet dan aku mahukan proposal lengkap untuknya. Ia mesti disiapkan dalam masa 3 minggu ini juga,” darahku mendidih kali ini. Ini sudah melampau. Apa dia fikir senang nak buat company rebranding. Dalam masa 3 minggu sahaja? Dia fikir aku robot?

“Ada apa yang nak kau katakan, Lidya?”

Semua orang memandang ke arahku. Aku menggeleng perlahan.

“Mesyuarat bersurai,” kata Arman. Aku menghentakkan meja sebegitu kuat sehingga Suzila dan Alex berpaling padaku.

“Sabar, Lid,” Suzila menggosok bahuku.

“Kerana sabarlah aku masih diam di sini. Kalau tak sabar, dah aku lemparkan kertas ini padanya,”kataku sambil berlalu keluar.

Kini hampir setiap hari, aku berada di pejabat selepas pukul 8 malam. Hampir setiap hari juga, Arman mengirimkan makanan padaku. Mungkin kerana rasa bersalah atau apa, aku tak tahu.

“Boss, makan di sini?” tegurku apabila melihat Arman, yang hanya berkemeja putih, dengan lengannya sudah dilipatkan ke paras siku, duduk makan di pantri.

“Mejaku terlampau penuh sehingga tak ada ruang untukku makan di mana-mana. Duduklah,”katanya.

“Eh, tak mengapalah boss…”

Dia mengangkat wajah dan memandang tepat padaku tanpa sebarang kata. Aku memang takut kalau dia memandang aku begitu. Perlahan aku tarik kerusi dan duduk disebelahnya. Nasib baik kau boss aku, kalau tidak, aku ketuk kepalamu.

“Mengapa boss belum pulang?”

“Minggu depan ada mesyuarat lembaga pengarah, kerana itu aku mahukan semuanya sempurna sebelum mereka sampai,”katanya perlahan. Wajahnya kelihatan sangat penat. Sekarang tahulah aku, mengapa dengan umur mudanya dia berjaya menjadi Pengarah Urusan. Dia bekerja keras, betul-betul fokus dengan kerjaya.

“Apa perkembangan proposal rebranding?”tanya Arman tiba-tiba. Dia memandangku dengan pandangan yang lembut kali ini. Aku menelan air liur. Pandangan begini yang boleh bikin aku pengsan.

“Separuh siap,” kataku perlahan. Dia mengangguk perlahan. Dia menutup bekas styrofoam setelah habis makan.

“Baguslah. Hantar sample marketing materials yang baru ke mejaku lusa,” katanya sambil bangun dan berlalu. Aku tersandar. Agaknya memang nasibku kurang baik setiap kali bertemu muka dengan dia. Ada-ada saja perkara yang dia mahu dariku.

Malam itu, aku pulang agak lewat. Aku terpaksa menyemak rekabentuk baru semua marketing materials sebelum aku hantar kepada Arman lusa. Dalam hatiku tidak habis-habis aku menyumpah-seranah Arman. Aku sangat tertekan sekarang. Badanku terasa panas sejak siang tadi. Kepalaku berat. Ah…barangkali aku keletihan, aku meletakkan kepalaku sebentar di atas meja.

Aku ternampak Arman di hadapanku. Ya, ini pasti mimpi. Dia kelihatan kacak sekali, dengan tidak berbaju, dan berseluar satin hitam.

“Kau ni, kalau tak garang sangat, kau ini sebenarnya kacak, tau gak? Aku stres dengan kau, tau gak?” kataku padanya. Arman tersenyum mengejek.

“Aku benci bila kau senyum begitu padaku. Benci tau gak?”balasku.

“Aku tahu,”balas Arman. Aku terpinga-pinga.

“Wow, mimpi ini macam real,”

“Macam real? Cuba kau buka matamu luas-luas,”kata Arman tegas. Kepalaku masih pening. Baru aku sedar yang aku berada di sebuah rumah yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Aku berbaju pijama dan diselimuti selimut mewah berwarna kelabu. Siapa yang tukarkan bajuku? Aku terus bangun lalu terduduk. Aku menyelimutkan diriku rapat. Aku menundukkan pandangan daripada merenung dada Arman yang bidang.

“Boss, apa yang kau dah buat padaku? Kenapa aku di sini?”

“Kamu demam panas. Handphone kau kehabisan bateri. Tak tahu di mana rumahmu. Hari sudah jauh malam. Tak mungkin aku akan biarkan kamu tidur di pejabat. Aku sudah bawakan kamu ke klinik tadi”kata Arman sambil membawakan air teh panas lalu meletakkannya di meja sisi. Aku menyelimutkan diriku semakin rapat. Kekok.

“Kenapa kau tukarkan bajuku?”

“Kau muntah di atas bajumu. Bajuku juga menjadi mangsa. Kamu juga meracau. Sekarang masih pening lagi?” Aku mengangguk.

“Tidurlah dulu. Esok kau boleh datang ke pejabat lewat sedikit. Dalam almari ada tuala dan baju wanita, kau boleh pakai dulu,” kata Arman lalu berlalu keluar.

Aku meminum sedikit teh panas yang dibuat oleh Arman. Tapi kepalaku masih berat dan pening. Aku terus merebahkan kepalaku ke bantal dan terus terlena.

Bila aku terjaga, jam menunjukkan pukul 9am. Aku keluar mengintai Arman di ruang tamu. Dia tiada. Barangkali sudah keluar pergi kerja. Aku terus mandi dan menyalin pakaian. Entah baju siapa agaknya. Teman wanitanya barang kali. Dia meninggalkan nota yang dia telah menyediakan sarapan untukku.

“Lidya, kau mahu terus merenung meja atau kau mahu berikan aku update tentang status marketing materials yang aku minta,”kata Arman tiba-tiba. Aku terperanjat. Semua orang di bilik mesyuarat memandangku. Aku menggerutu dalam hati. Monyet kepala empat ni…

“Aku akan terus hantar ke meja boss,”

Aku mengetuk pintu bilik Arman, dan dia memanggilku masuk. Aku menyerahkan sample yang diminta olehnya. Dia mencapainya lalu membelek satu persatu sample tersebut.Dia berkelakuan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

“Ehem…boss. Terima kasih sebab menolongku semalam,”

“Hmm…”

“Err…kalau aku tanya sedikit, boleh boss?”

Dia mengangkat kepalanya dan memandangku.

“Aku…betul-betul muntah atas boss ke?” Dia tersenyum dan terus tunduk membelek sample.

“Kau tak mahu tahu jawapannya,”

“Err…apa yang aku racaukan malam tadi? Sorry…”

Dia memandangku. “Hampir separuh binatang di seluruh dunia disamakan dengan aku,”

“Err…ini…ehem..akan memberi kesan kepada yearly appraisal aku ke?”

Arman ketawa. “Kau rasa?”

Aku mengangkat bahu. Dia menggeleng.

“Kau fikir aku bodoh? Masih pening lagi?,”

“Peningnya sudah kurang. Baju teman wanita boss ni, aku pulangkan kemudian ya?”

“Itu baju adikku,”katanya tegas.

Keesokannya, ketika aku masuk ke pejabat, aku lihat ada beg kertas yang diisi dengan baju kerjaku tempoh hari. Di dry clean dengan sempurna. Aduh…malunya aku.

Aku duduk bersendirian di Cafe Black Coffee sambil memandang ke taman. Sedang aku enak menghirup kopi, tiba-tiba aku ternampak Arman masuk ke cafe. Ya ampun, mengapa syaitan itu berada di sini? Sudah beberapa hari aku mengelak daripadanya. Aku tunduk ke bawah meja, berharap agar dia tidak nampak aku di situ.

Setelah agak lama, aku fikir Arman sudah pun beredar. Aku mengeluarkan kepalaku dari bawah meja dan perlahan-lahan mengintai. Arman berpeluk tubuh sambil memandangku. Aku hanya mampu tersengih sambil perlahan-lahan menegakkan kepalaku. Dia duduk di sebelahku.

“Mengapa kau bersembunyi? Mau mengelak dariku?”

“Eh tidak, boss, subangku jatuh tadi. Boss dari mana, hendak ke mana?”

“Dari pejabat. Datang ke sini untuk berjumpa kamu,”

Dia memandangku sebentar lalu menyisip ice blendednya.

“Mengapa kau hantar surat berhenti kerja? Aku terlampau keras kepadamu kah?”tanya Arman lembut. Kau rasa? kataku dalam hati. Aku hanya menggeleng.

“Berapa yang mereka bayar? Aku akan counter offer,”balas Arman. Aku menggeleng.

“Bukan kerna uang, boss,”

“Jadi apa sebabnya?”

Sebab aku malu untuk menghadap wajahmu lagi, kataku dalam hati.

“Sebab dah lama aku bekerja dengan Solar Plus. Aku nak cari pengalaman lain, di negara lain,” balasku.

“Maldives, ya?”

Aku mengangguk.

“Kalau aku gak bisa counter offer, bolehkah ini menghentikan kamu dari pergi?” Arman mengeluarkan kotak kecil dari poketnya dan menolaknya padaku. Aku mengerutkan dahi.

Cincin?

“Ini apa, boss?”

“Cincin,”

“Tahulah cincin. Untuk apa?”

“Kamu rasa?” Dia memandangku. Lama sekali.

“Ketika kau demam tempoh hari, semasa meracau, kau bilang kau suka padaku. Begitu juga aku. Maaf jika aku terlampau berkasar denganmu, kerana itu saja caranya, aku boleh dekat denganmu. Aku tidak berniat untuk buat kau stres,sehingga sakit,”

Haa…

Arman tersenyum padaku melihatkan reaksiku.

“Honestly, boss. Kamu ini tak romantik langsung,”

“You just have to live with it. Will you?”

Aku mengangguk. Arman tersenyum sambil menggengam tanganku. Di Cafe Black Coffee ini, menjadi tempat pertama kali bertemu, juga tempat kasih bertaut. Maldives, lain tahun saja aku ke pergi padamu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s