BAWA KU KE ANGKASA (CI)

“Imran, gegaran ini amat luar biasa. Apakah kita masih stabil untuk berlepas?” kataku sedikit menjerit kerana ketakutan. Jantungku berdebar-debar kuat sehingga aku merasakan seolah-olah dadaku mau pecah.

wallup.net
wallup.net

Adrenalin semakin laju belayar ke seluruh anggotaku. Reaksi ‘fight or flight’ tubuhku mula menunjukkan kesannya.

“Relaks, Suzana. Kita masih berada dalam paramater yang baik,”katanya bersahaja. Mataku buntang memandangnya. Peluh mulai memercik di dahiku. Aku memegang bahunya.

“Aku serius, Imran. Hentikan perlepasan sekarang juga!” Imran menolak aku terus ke tempat dudukku dan memasang tali pinggang keselamatan. Dia tersenyum.

“Kau mahu meneroka angkasa, bukan?Kau mahu menjadi manusia pertama di Planet Pluto, bukan? Jika kau tidak tinggalkan bumi, bagaimana bisa kau melakukannya?” kata Imran dengan tegas. Dia berlalu dariku dan terus ke tempat duduknya.

“Jakarta, kami bersedia untuk berlepas. Dalam 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2,1, berlepas!” kata Imran sambil menekan butang berlepas.

“Jakarta menerima. Selamat jalan, EX500. Semoga bertemu kembali,” kata suara di corong. Aku memegang topi keselamatan ku. Disebalik kaca topi, aku dapat melihat di luar tingkap roket, EX500 perlahan-lahan meninggalkan bumi. Kelihatan seolah-olah perlahan padahal kelajuan mencapai 7.9 kilometer sesaat ketika perlepasan yang merupakan velositi orbit bersamaan 20 kali kelajuan bunyi.

Takut, sedih, gembira, teruja. Semua perasaan ini bercampur-baur bagaikan salad buah. Kemudian dari tingkap roket, aku ternampak ‘launch lug’ dan ‘fin dari sistem propulsi mula ditanggalkan dari bahagian utama roket.

Ia sudah bermula. Ini bagaikan adegan utama filem Interstellar kegemaranku dan aku bagaikan Dr. Brand kecuali aku bukan seorang dokter atau professor. Aku berpaling kepada Imran.

Imran tersenyum memandangku, lalu mengangguk perlahan. Aku memegang tali pinggang keselamatanku lalu memejamkan mata.

Tunggu, Pluto. Aku datang kepadamu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s