CI – API PERTEMPURAN

Matanya yang merah pekat itu bagaikan membara memandangku. Aku sudah berada di dalam posisi serangan sambil menghunuskan pedang ke wajahku. Pandanganku tajamkan. Ribuan manusia – anak-anak kecil, ibu-ibu, tua-muda, miskin-kaya, lelaki-wanita telah menjadi mangsa keganasan makhluk mistik yang ganas ini.

warrior-dragon-sword

Ia melibaskan ekornya yang meruncing ke kiri dan kanan, petanda ingin menyerang. Kulitnya penuh dengan sisik yang keras, bagaikan kepingan platinum berwarna hijau kehitaman. Kerna inilah, jarang ada senjata yang boleh menembusi kulitnya kerana sisiknya bagaikan perisai yang hebat untuk dirinya. Hidungnya mula mengeluarkan asap kehitaman. Bau yang busuk mula menyelebungi gua Frockesvar. Ia menderum kuat. Kukunya yang tajam mula mencakar-cakar lantai gua yang basah dan berlumut. Ia mengangkat dua kaki hadapannya lalu menghentam bumi.

Bum!!! Maka bergemalah hentakan kaki naga itu, petanda ia bersedia menghadapiku bila-bila masa sahaja. Tubuhnya yang besar 100 kali ganda dari diriku tidak menjadikan aku gentar.

“Shiroda, ini bukan sebarang pedang. Ia ditempa oleh ahli sihir putih Gunung Vavenga dengan kuasa mistik 7 bebola phoenix. Tidak kira sekeras mana sekalipun kulit naga, pedang Vetanga boleh menembusinya,” ujar Palawan Jaxi, ketua segala bunian yang menyambutku di kaki Gunung Vavenga ketika mula-mula aku menerima tugasan ini daripada Maharaja Weji.

“Tapi ingat Shiroda, yang bakal kau hadapi, bukanlah sebarang naga, tetapi raja segala naga, Vaturo. Jangan sekali-kali ada perasaan takut dalam dirimu. Naga mistik ini akan menggunakannya untuk melemahkanmu. Jangan takut akan hidup mati. Jika takdir kau mati ditangannya, maka tiada siapa boleh menghalangnya. Jadi, berusahalah! Huei san pareva mara savenga puro vavenga!!!” Jaxi menepuk bahuku, membaca serapah bunian, dan menghantar aura merah Waxi, aura keberanian warga bunian ke dalam tubuhku. Rasa pedih kepanasan lalu aku menjerit kepijaran mengegarkan tanah bunian Ibata. Aura inilah yang merubah anak mataku yang berwarna coklat kepada biru untuk mata kiri dan hijau untuk mata kanan.

Kini aura Waxi kembali bertebaran diseluruh tubuhku. Tubuhku terasa panas namun ia tidak menyakitkan. Jantung berdetak kencang namun tiada langsung rasa takut akan gentar pada Vaturo. Aku masih ada Tuhan. Hamba yang ikhlas pasti akan diberi kerahmatanNya.

Aku bergerak ke kanan perlahan, Vetanga ku hunuskan di hadapan wajahku, dihadapan kedua mata ku yang hijau dan biru itu. Vaturo tidak melepaskan pandangannya dariku.

“Shiroda, aku dan Vimala akan menanti kepulanganmu, kembalilah dengan kejayaan,” lambaian terakhir suami dan anakku masih terbayang di fikiranku. Dengan Aishi dan Vimala, aku akan kembali. Itu janjiku pada mereka.

Vaturo mengangkat kedua-dua belah kakinya lalu melibaskan ekornya padaku. Aku melompat tinggi lalu menikam Vetanga di atas ekor Vaturo. Darah Vaturo yang berwarna hijau pekat mula keluar dari kesan luka tikamanku. Arghhhhh!!!!Tanganku licin dibasahi darah Vaturo. Vaturo mengaum kuat bagaikan halilintar membelah bumi. Aku berpegang kuat pada Vetanga kerana Vaturo menggelupur kesakitan bagaikan menggila. Aku segera memanjat ekor Vaturo, lalu mencabut pedang Vetanga dan berlari di atas tulang belakang Vetanga yang bersisik tebal. Sisiknya agak licin tetapi but ku yang diperbuat daripada kulit bebiri Manx, membolehkan aku berlari dengan mudah.

Vaturo sedar yang aku sudah berlari di atas tulang belakangnya lalu ia mengepakkan sayapnya dengan kuat. Aku terus menikam Vetanga di atas tulang belakangnya dan sekali lagi ia mengaum dan menderam kegilaan. Ia menghempaskan badannya ke kanan, tangan kiriku hampir terlepas Vetanga. Aku menguatkan genggaman. Dengan susah payah, aku memanjat sekali lagi atas belakang, menanti ia berhenti menggelupur seketika sebelum aku kembali menuju ke lehernya untukku penggal.

Apabila ia berhenti menggelupur seketika, dengan pantas aku mencabut Vetanga, lalu berlari ke leher Vaturo. Vaturo memusingkan kepalanya lalu menyemburkan api dari mulutnya lalu aku menunduk, mengelakkan api tersebut.

“Huei san pareva mara savenga puro vavenga!!!!!”jeritku dengan sepenuh hati, lalu aura Waxi menyala dalam tubuh, aku bangun lalu menikam pedang Vetanga pada bahagian atas leher Vaturo dan menarik pedang itu ke bahagian kanan lehernya.

Vaturo bertempik kesakitan. Aku tidak memperdulikannya dan terus menarik Vetanga ke bahagian bawah leher Vaturo. Darah hijau pekat itu membasahi kepala dan rambutku namun aku persetankan ia. Dengan tenaga yang masih berbaki, aku menarik Vetanga sekuat hati lalu memenggal terus kepala Vaturo. Vaturo mula rebah ke sisi lalu aku melompat ke belakang sebelum ia menghempap badanku. Aku terjatuh di atas lutut kiriku lalu Vetanga aku pacakkan ke lantai gua.

Vaturo menderam dan menghembuskan api buat kali terakhir.

Aku menahan lelah, dengan bertongkatkan Vetanga aku bangun lalu berdiri di tepi kepala Vaturo. Darah hijau di wajahku disapu buang. Aku menarik nafas dalam.

Naga mistik Vaturo telah mati di tanganku. Tiba-tiba kepalaku pusing lalu aku rebah ke bumi. Hanya wajah Aishi dan Vimala berada di dalam fikiran sebelum pandanganku gelap.

***********************************************************************
Silauan cahaya matahari menyakitkan mataku. Perlahan-lahan mataku buka. Aku ternampak jalur-jalur siling kayu lalu aku berpaling ke kiri, aku ternampak jendela yang terbuka luas. Aku dapat merasakan aku terbaring di atas tilam pelepah itik buatan Ibata.

“Ayah, ayah, ibu sudah sedar!!!!” aku terdengar suara Vimala. Mimpikah aku?

“Vimala?”

Aishi masuk ke bilik yang asing itu. Dia terus memelukku dan mencium dahiku.

“Syukurlah, kau tidak apa-apa,”kata Aishi sambil memegang wajahku dan memandangku dengan penuh kasih sayang. Palawan Waxi masuk ke bilik.

“Shiroda, tahniah. Akhirnya kau berjaya mengembalikan keamanan di Jevata. Ayuh keluar, semua orang ingin berjumpamu,”

Aishi mengangkat aku dari tilam dan memapahku keluar. Ternyata darah naga yang berbisa itu masih melemahkan aku, tetapi aku bersemangat ingin berjumpa dengan semua.

Keluar sahaja dari pondok kecil itu, ribuan penduduk Jevata bersorak keriangan, berteriakan namaku. Maharaja Weji juga berdiri menyambutku.

“Tuanku,” aku berusaha untuk tunduk kepada Maharaja Weji namun bahuku dipegangnya.

“Jangan Shiroda. Aku yang harus tunduk padamu,” lalu Maharaja Weji tunduk padaku, serentak semua penduduk Jevata yang berada di padang Ibata tunduk padaku.

Tidak dapat kugambarkan perasaanku ketika ini. Aku memandang Aishi. Aishi tersenyum padaku.

Maka bermulalah era baru Jevata. Era yang penuh keamanan dan kesejahteraan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s