ROAD TRIP : MENCARI DIRI (PC)

Bagaikan terhampar dihadapanku
langit nan biru terbentang luas
mentari bersinar menyilaukan mataku
Putaran stereng kugagahi jua tanpa culas

mountain_road_scenery-wallpaper-2560x1600

Aku, kehilangan
Dalam erti kata suara kecil di sebalik minda tanpa sedar
ke mana menghilang wahai si kecil?
Sejak remaja aku mencarimu
walhal di kala usia dewasa ini aku lebih memerlukanmu
kerana dunia terlampau bising
menjadikan kepalaku pusing

Terlampau banyak nasihat
Kehendakku disekat
Jiwaku pekat
Mindaku karat

Tingkap kereta kubuka
Biarkan bayu menyejukkan hawa
Biarkan aku menghidu bau rerumput selepas dipotong
Walaupun ia tidak setanding eau de cologne

Hidupku bagaikan perjalanan ini
terkadang matahari bersinar terang
terkadang cuaca dirundung mendung
terkadang aku girang
terkadang aku bingung

Kita semua mencari jawapan
yang terkadang tidak bisa kita tanya kepada cendekiawan
Mencari erti sebuah penghidupan
Bagaikan mencari sebutir mutiara di tengah lautan.

Advertisements